Midline Falx: Satu Garis Untuk Sebuah Kepastian



Midline Falx: Satu Garis Untuk Sebuah Kepastian

Dalam bilik imbasan (scan), suasana selalunya ceria. Namun, ada kalanya ia dipenuhi debar yang sukar diungkapkan.


Seorang ibu datang menemui saya dengan sejarah kehamilan yang berat: bayi terdahulu disahkan menghidap Patau Syndrome dan Holoprosencephaly (keadaan di mana otak kanan dan kiri tidak terbentuk atau berpisah dengan sempurna).


Holoprsencephaly



Sepanjang pemeriksaan kali ini, si ibu hanya diam. Matanya terpaku pada skrin, mencari jawapan yang dia sendiri takut untuk dengar.


Tiba-tiba, dia bertanya perlahan: "Doktor... ada tanda macam dulu tak?"


Mencari "Garis Pemisah"

Saya bekukan (freeze) imej pada skrin dan tunjukkan satu garis putih yang halus tepat di tengah-tengah struktur otak bayi.

"Ini Midline Falx," kata saya.


Dalam kes Holoprosencephaly, otak tidak berpisah menjadi dua bahagian, jadi garis tengah ini biasanya tidak akan kelihatan. Namun, untuk bayi ini, garisnya ada. Jelas dan simetri.

Saya gerakkan probe lagi untuk melihat dari sisi tepi otak. Disebabkan ada otak kanan dan otak kiri yang terpisah sempurna, kita dapat melihat penyambungnya—iaitu Corpus Callosum.


corpus colossum: dua line ditengah


Bila Kita Boleh Kesan Tanda Ini?

Pesakit saya bertanya lagi: "Sebenarnya bila boleh detect benda ni?"


Jawapannya: Seawal 11 minggu.


Melalui NT Scan (Nuchal Translucency), kita bukan sekadar mengukur ketebalan leher untuk saringan Down Syndrome. Kita juga mencari "Butterfly Sign".



Butterfly Sign atas kiri dan Midline Falx gambar atas kanan 


Apabila dua hemisfera otak terbentuk dengan elok, imej choroid plexus pada skrin ultrasound akan kelihatan seperti sayap rama-rama yang cantik



Kesimpulan Dr. Fasya

Bagi saya, imbasan ultrasound bukan sekadar untuk mendapatkan "gambar cantik" atau kenang-kenangan.

Ia adalah sebuah Early Structural Brain Assessment. Di sebalik teknologi 3D atau Fasya 8K yang kita banggakan, tujuan asalnya tetap sama: memberi kepastian untuk hati seorang ibu.